Pages

Thursday, February 27, 2014

Menulislah..

:: Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis ::
~surah nun, Ayat 1~

Kata seorang sahabat, menulislah sebanyak mana tulisan yang kita mahu sebab satu hari nanti tulisan itu akan mengingatkan kita kejadian-kejadian yang terjadi dalam hidup kita.

Pesan seorang ustazah pula, bawalah bersama kamu pen dan kertas ke mana sahaja dan catatlah semua yang ilmu yang kamu perolehi. Mungkin tulisan itu tidak berguna hari ini tapi siapa tahu 10 tahun akan datang itulah tulisan yang sangat bermakna. Mungkin juga tulisan kita berguna kepada orang lain.

Para ulama, para ilmuan juga banyak menulis tentang ilmu-ilmu mereka dan membukukannya. Buktinya, ilmu dan buku mereka masih berguna sehingga kehari ini dan insyaAllah hingga ke akhir zaman.


No comments:

Post a Comment